Dewi Sandra: Bila Tak Suka Rasa Masakanku, Aku Teringat Baginda Rasulullah SAW

- Desember 01, 2017


Peringatan hari kelahiran atau Maulid Nabi Muhammad SAW menjadi sebuah pengingat bahwa umat Islam memiki teladan hasanah yaitu Rasulullah SAW.



Artis yang juga pemain film Ayat-Ayat Cinta 2 Dewi Sandra memiliki makna yang terdalam tentang akhlak yang dicontohkan Rasulullah SAW.

"Bila aku tak suka pada rasa makananku
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ yang pernah meletakkan batu pada keliling perutnya untuk menahan lapar," katanya pada Jumat (1/12/2017) melalui jejaring sosialnya.

"Bila aku merasa pakaianku cuma sedikit
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang hanya punya dua helai baju seumur hidupnya.
Bila aku merasa tidak nyaman dengan tempat pembaringanku
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ yang tidur hanya beralas pelepah kurma dan kain kasar dalam hidupnya," ungkapnya.



Pun apabila Dewi menjadi begitu pelit untuk memberi dan berbagi dengan orang lain, ia teringat pada baginda
Muhammad ﷺ yang pernah memberi segala-galanya sehingga dia hampir tiada apa-apa untuk dirinya.

"Bila aku fikir betapa miskinnya hidupku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ yang begitu cinta pada orang miskin dan ingin bersama si miskin di syurga, ia menaikkan semangatku. Bila aku terasa ada yang menyakiti aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ yang sentiasa memaafkan siapa saja yg berbuat jahat padanya.
Bila aku terrfikir mungkin ada yg membenci aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang sentiasa berdoa untuk orang-orang yang telah menghinanya
Bila aku teringinkan ganjaran dalam perbuatan ku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang mengingatkan aku bahawa ganjaran yg hebat hanya dari Allah SWT
Bila tiada siapa menyayangi aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang mencintaiku semenjak beribu tahun dulu
Apabila aku berfikir betapa sengsaranya hidup aku..
aku teringat pada Baginda
Muhammad ﷺ
yang menempuh segala kepayahan hidup demi nikmat Iman dan Islam pada ummatnya yg dicintai & dan itu bagai cas positif yang menguatkan aku!" Puitis Dewi.

"Assalamualaika ya Rasulullah
Assalamualaika ya habiballah

Selawat dan salam keatas baginda junjungan besar , contoh terbaik sepanjang zaman . Sohibul Azman . Terima Kasih Ya Rasulullah untuk nikmat iman islam dan ihsan. Syafaatkan daku di akhirat nanti
Kerinduan padamu takkan pernah padam selamanya pada mu Ya Habiballah .
Selamat datang bulan kelahiran nabi Muhammad SAW

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد
" pungkasnya.



Advertisement


EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search